Friday, February 10, 2012

Backpackers Tips


Dengan perkembangan Internet dan promosi penerbangan tambang murah, semakin ramai wanita atau sesiapa sahaja yang memilih untuk mengembara secara berseorangan. Panduan berikut dapat membantu golongan hawa terutama apabila bercuti di negara asing.

1. Bersikap realistik mengenai risiko dan sebarang kemungkinan membantu anda bersedia apabila ditimpa musibah di negara asing. Elakkan tiba di destinasi pada waktu malam. Jika ia tidak dapat dielakkan, buat tempahan penginapan dengan pengangkutan pergi-balik lebih awal.

Pastikan anda memiliki wang secukupnya bagi mengelak terpaksa singgah di mesin teler automatik dengan pemandu teksi yang baru dikenali. Jangan mempercayai rakan baru secara membuta tuli, sebaliknya sentiasa menempah teksi atau bas menerusi kaunter khas di lapangan terbang.